AGIHAN BUBUR LAMBUK ISTANA MELABUHKAN TIRAI, LEBIH 10,000 PAKET BUBUR DISAMPAIKAN KEPADA RAKYAT JOHOR

18 Mac 2026

Bermula 27 Februari lepas, sebanyak 10,000 paket bubur lambuk Istana Johor kurniaan KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim diagihkan kepada rakyat di 10 daerah di Johor.

Hamdan Dollah, Ketua Chef Istana Johor yang bertanggungjawab mengendalikan proses menyediakan bahan serta memasak bubur lambuk, menzahirkan rasa syukur kerana dapat melaksanakan amanah yang dititahkan oleh Seri Paduka Baginda.

PESAN TUANKU UTAMAKAN KEBERSIHAN

“Alhamdulillah, semua urusan agihan bubur lambuk dipermudahkan dari hari pertama sehingga hari ini. Seri Paduka Baginda sentiasa bertanyakan gerak kerja agihan bubur lambuk bagi memastikan semuanya berjalan lancar.

“Pesanan Tuanku yang paling utama adalah supaya kami sentiasa menjaga kebersihan sepanjang proses memasak dan membungkus. Baginda mahu apa yang sampai ke tangan rakyat adalah yang terbaik, bersih dan berkualiti,” kata Chef Hamdan kepada Royal Press Office (RPO).

Agihan bubur lambuk Istana Johor sempena Ramadan dengan agihan akhir pada hari ini (16 Mac), melihat sebanyak 1,000 paket disampaikan kepada daerah Segamat.

Serahan dilakukan oleh Chef Hamdan kepada wakil Pejabat Daerah sebelum diedarkan kepada masyarakat.

YDPAgong

AllahPeliharakanSultan

IstanaNegara

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *