




LENGGONG, 17 Mac 2026 β Pesta Bakar Lemang Perdana dan Panjut Lembah Lenggong anjuran Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) telah berlangsung dengan meriah di Tasik Sandarharu, Kampung Luat, Lenggong, Perak. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YAB Datoβ Seri Hj Saarani bin Hj Mohamad, Menteri Besar Perak.
Ketibaan Menteri Besar disambut oleh Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Haji Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri; dan Datuk KPjR Rosli Yaakub, Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
Beliau kemudiannya dibawa melawat ke setiap kumpulan di lokasi pembakaran lemang yang melibatkan penyertaan RELA Negeri Perak, jabatan dan agensi kerajaan serta penduduk kampung sekitar Parlimen Lenggong.
Dalam majlis tersebut, Menteri Besar turut menyampaikan lemang kepada wakil RELA daerah, jabatan dan agensi kerajaan serta wakil penduduk kampung yang terlibat sebagai simbolik penghargaan atas kerjasama dan penglibatan aktif semua pihak.
Program ini telah disertai oleh hampir 500 peserta yang bergotong-royong menyediakan lebih 1,000 batang lemang.
WARISAN TRADISI
Penganjuran program ini bukan sahaja memartabatkan warisan tradisi masyarakat setempat, malah memperkukuh semangat kebersamaan serta kerjasama antara agensi kerajaan dan komuniti dalam menyemarakkan sambutan Ramadan yang penuh keberkatan.
