“Bang Mat” buktikan tanaman bawang di kebun kecil belakang dituai kali kedua

Oleh: Sholina Osman
17 MAC 2026

Sebagai Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu atau suka membahasakan diri sebagai “Bang Mat” ini membuktikan tanaman bawang di kebun kecil belakang rumah telah membuahkan hasil kali kedua.

Beliau berkata walaupun saiznya tidak sebesar yang pertama dulu, tetapi tetap rasa puas hati.

“Dalam bertani ni memang macam tu, ada masa ‘gemuk’, ada masa ‘comel’ sikit hasilnya. Tapi bila makan hasil titik peluh sendiri ni, rasa puas,” kata beliau dalam hantaran di FB pada 16 Mac.

UNTUK MASAK JUADAH

Mohamad akan menggunakan bawang ini untuk masak juadah berbuka, selebihnya disimpan untuk guna dalam masakan lain nanti.

Mohamad menggalakkan rakyat menanam sayur melalui program Kebuniti dan Kebun Dapur Isirumah tidak bermakna kerajaan tiada strategi dalam menangani isu keterjaminan makanan negara.

Pada 15 Mac lalu, Mohamad dalam hantaran di FB mengulas laporan berita seorang Ahli Parlimen yang menyatakan bahawa cadangan beliau supaya rakyat menanam sayur sendiri tidak akan menyelesaikan isu keterjaminan makanan negara.

“Terima kasih atas ‘sindiran’ tersebut,” kata Mohamad.

TIDAK AKAN MENURUNKAN

Jelas beliau memang benar, dua pokok cili tidak akan menurunkan harga minyak dunia. Sepasu kangkung tidak akan menstabilkan harga urea global. Itu saya pun tahu.

Mungkin beliau (Ahli Parlimen) terlepas pandang laporan berita mengenai tindakan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang sedang memantau dan telah mengambil langkah awal ekoran konflik geopolitik di Timur Tengah yang berpotensi menjejaskan rantaian bekalan global.

“Setakat pemantauan dibuat, saya memberi jaminan bahawa bekalan makanan negara masih stabil dan mencukupi,” tambah Mohamad. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *