

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
7 MAC 2026
Negara perlu mempunyai kerangka perundangan yang adil, komprehensif dan berkeupayaan menangani keperluan serta cabaran Malaysia dalam era digital.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mempengerusikan Mesyuarat Khas Jenayah Siber berkata beberapa aspek teknikal berkaitan perundangan telah dibincangkan bagi memperkukuh penguatkuasaan undang-undang siber secara lebih menyeluruh dan berkesan.
“Sayugia, perkara ini amat penting dan wajar diberi perhatian serius, memandangkan persekitaran siber kini merentasi hampir setiap aspek kehidupan, baik pada masa ini mahupun pada masa hadapan,” kata beliau dalam hantaran di FB. – JM
