Malaysia simpati kepada UAE terkesan tindak balas Iran diserang Israel – PMX

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
7 MAC 2026

Malaysia menyatakan simpati dan sokongan Malaysia kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang turut terkesan akibat daripada tindakan balas Iran terhadap serangan Israel bersama Amerika Syarikat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia juga senada menzahirkan harapan agar semua pihak mengutamakan pendekatan damai serta mengelakkan sebarang tindakan yang boleh menggugat kestabilan dan keamanan sejagat.

“Sewaktu perbualan dengan Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan, kami bertukar pandangan mengenai perkembangan semasa di rantau Timur Tengah terkait situasi keselamatan serantau susulan konflik yang melibatkan Israel, Amerika Syarikat dan Iran,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Beliau juga menghargai komitmen kerajaan UAE untuk menjamin keselamatan dan kebajikan kira-kira 10,000 rakyat Malaysia yang kini berada di UAE.

“Semoga Ramadan yang mulia ini memperkukuh kesatuan ummah serta membuka ruang kepada keamanan dan kestabilan yang lebih berkekalan di rantau ini dan dunia keseluruhannya,” tambah beliau.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *