Pesanan kepada media asing , jaga negara kamu

Oleh Noraini Nordin
(Ulasan Berita )

28 Feb 2026

Dakwaan mengenai wujudnya gerakan mahu menjatuhkan Kerajaan MADANI dengan menggunakan pengaruh media asing sebagaimana didedahkan oleh pihak polis seharusnya dipandang serius oleh semua pihak.

Gerakan tersebut didakwa menyasarkan dengan memberi tekanan kepada Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim dan SPRM.

SIASATAN TERPERINCI

Sementara pihak polis dilaporkan sedang menjalankan siasatan terperinci, rakyat negara ini hendaklah menolak apa jua percubaan seumpama itu.

Negara kita adalah milik rakyatnya dan biarlah mereka yang menentukan kedudukan kerajaan melalui proses pilihanraya yang sah.

Apa juga cara lain, terutama jika melibatkan pengaruh asing, haruslah ditolak dan ditentang.

Kita tidak harus membiarkan pengaruh asing menguasai negara kita kerana sekali ia dibenarkan, ia akan terus menguasai negara ini.

Sehubungan itu, adalah penting untuk rakyat kekal bersatu bersama kerajaan sedia ada dan tidak membenarkan elemen asing memainkan peranannya.

Jika kerajaan ingin ditukar, proses yang sebenar ialah pilihan raya yang diadakan setiap lima tahun sekali.

Itu pun, pilihan raya tersebut mestilah bebas dan tidak harus pengaruh media asing dibiarkan menjalankan mempengaruhinya.

Negara kita adalah milik kita dan siapa kerajaan yang kita mahu, biar kita menentukannya.

Kepada media asing, peranan kamu adalah di negara kamu, bukan di negara kami yang kami cintai.

Tolong jangan cuba hura-harakan negara yang aman damai ini.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *