MITI berperanan penting perkukuh industri tempatan – PMX

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
25 FEB. 2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan peranan penting Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam memperkukuh industri tempatan, menarik pelaburan serta meningkatkan daya tahan perdagangan negara.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Mesyuarat Pengurusan bersama MITI yang dikongsikan dalam hantaran di FB.

Anwar berkata mesyuarat turut meneliti dasar utama Kerajaan bagi memperluas peluang pekerjaan kepada warga tempatan dan mempertingkat kebolehsaingan industri.

“Saya tekankan agar setiap dasar dipantau dan dinilai semula secara berkala supaya kekal relevan dengan kemajuan teknologi serta realiti semasa, demi memastikan matlamat pembangunan negara tercapai,” tambah beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *