




Wartawan JM
24 FEB. 2026
Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 15 dan ke bawah, termasuk lantikan kontrak akan dibayar pada 13 Mac.
Kenyataan media Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerusi FB memaklumkan bantuan tersebut bagi membantu penjawat awam dan pesara membuat persiapan menjelang perayaan Aidilfitri.
BKK akan turut dipanjangkan kepada pesara kerajaan, veteran berpencen dan veteran tidak berpencen dengan bayaran RM250.
“BKK ini akan menjadi tanggungan jabatan di mana pegawai berkhidmat pada tarikh pembayaran tersebut.
“Pemberian BKK ini akan dikecualikan daripada cukai pendapatan selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 127(3A) Akta Cukai Pendapatan 1967,” menurut kenyataan itu.
Perdana Menteri telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2026 sebanyak RM500 bagi membantu penjawat awam dan pesara dalam membuat persiapan menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri. – JM
