PMX ajak umat Islam hayati Ramadan dengan fahami tuntutan ibadah puasa

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
18 FEB. 2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak umat Islam menghayati Ramadan dengan memahami tuntutan ibadah puasa dan amalan dalam bulan itu yang bukan semata-mata bagi memenuhi syarat dan rukun, sebaliknya mencapai matlamat hikmah dan objektif syariat.

Beliau berkata puncak kenikmatan disebalik amalan ini adalah pencapaian takwa yang harus dilaksanakan dengan ibadah puasa melalui proses tarbiyah pembentukan watak, berakar kepada kesedaran hati nurani dan kewaspadaan batin yang dibangkitkan oleh rasa takut kepada Allah SWT.

Sehubungan itu, kata beliau motivasi dalam melaksanakan ibadah dalam bulan Ramadan harus didorong dengan semangat mujahadah yang bukan sahaja mengapai cita-cita ukhrawi tetapi pada masa yang sama akan meningkatkan disiplin kendiri, keinginan berkerja dengan sepenuh hati dalam tugas serta tanggungjawab harian.

KEMBALI BULAN MULIA

“Alhamdulillah, kita panjatkan kesyukuran sepenuhnya kepada Allah SWT atas peluang untuk bertemu kembali bulan Ramadan yang mulia dan dirindui umat,” kata Anwar dalam hantaran di FB.

Beliau berkata, daripada Talhah bin Ubaidillah RA, Rasulullah SAW berdoa apabila melihat anak bulan Ramadhan.

‎اللهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَالْإِيمَانِ، وَالسَّلامَةِ وَالْإِسْلامِ، رَبِّي وَرَبُّكَ اللهُ

Maksudnya: “Ya Allah, naungilah kami dengan keamanan dan keimanan serta keberkatan, keselamatan dan kesejahteraan. Tuhanku dan tuhanmu adalah Allah.”

Firman Allah SWT:

‎وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّـهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ

Maksudnya : “ Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan), dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah bersama orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya ”.

[al-‘Ankabut : 69] – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *