




Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
16 FEB. 2026
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar
Ibrahim menyeru seluruh pimpinan termasuk KEADILAN Johor agar terus mendampingi rakyat dan teguh memperjuangkan agenda reformasi demi masa depan yang lebih adil dan sejahtera.
Beliau juga menekankan bahawa kekuatan dalaman merupakan teras kepada keutuhan parti.
“Ia menuntut kebersamaan yang tulus, disiplin yang utuh serta semangat kerja berpasukan yang tidak berbelah bahagi,” kata beliau dalam hantaran di FB.
KELUARGA BESAR KEADILAN
Anwar berada di Johor Bahru hadir pada perjumpaan bersama keluarga besar KEADILAN Negeri Johor.
Justeru itu Perdana Menteri mengingatkan bahawa parti perlu berdiri teguh, mengikat akar keanggotaan dengan kefahaman dan iltizam perjuangan yang jelas.
“Jangan sesekali terjerumus dalam budaya mendoakan kelemahan atau kejatuhan pihak lain,” tambah beliau.
MERENCANA KEPIMPINAN
NEGARA
Anwar menegaskan ini kerana kestabilan politik pula merupakan prasyarat penting untuk merencana kepimpinan negara yang berwibawa.
“Bukan itu sahaja tetapi ia mampu memacu pertumbuhan ekonomi, memperkukuh keyakinan pelabur,” jelas beliau.
Perdana Menteri berkata pastikan hasil pembangunan ini dapat dinikmati oleh seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang. – JM
