KDN TERUS TEGAS BANTERAS PEMERDAGANGAN ORANG

11 Feb 2026

Keberkesanan strategi pencegahan dan penguatkuasaan Kementerian Dalam Negeri (KDN) khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membanteras jenayah pemerdagangan orang terus menunjukkan hasil yang memberangsangkan.

Melalui penyelarasan Majlis Anti Pemerdagangan Orang (MAPO), pendekatan berasaskan data dan pemantauan trend jenayah telah dilaksanakan secara berterusan. Hasilnya, pada tahun 2025, jumlah laporan polis menurun sebanyak 42%, manakala bilangan mangsa turut berkurang 39% berbanding tahun sebelumnya.

Secara kumulatif, dari 2021 hingga Januari 2026, sebanyak 563 laporan telah diterima melibatkan 722 mangsa. Daripada jumlah tersebut, 597 mangsa (83%) berjaya diselamatkan dan dibawa pulang ke tanah air.

Dalam aspek penguatkuasaan, KDN tidak menunggu laporan semata-mata, sebaliknya mengambil tindakan agresif memutuskan rangkaian sindiket. Melalui 10 siri operasi bersepadu di Lembah Klang dan Johor, pihak berkuasa berjaya:

▪️ Menumpaskan sindiket perekrut tempatan;

▪️ Menyelamatkan 40 mangsa pemerdagangan; dan

▪️ Menahan 29 individu untuk didakwa di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran.

Usaha berterusan ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dan KDN dalam melindungi maruah, keselamatan serta hak asasi setiap insan.

Keselamatan rakyat adalah keutamaan kami.

Sumber:
YB Menteri Dalam Negeri, Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Diraja
Mesyuarat Pertama Penggal Kelima
Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat

  • 9 Februari 2026

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *