
Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri
9 FEB. 2026
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima mengadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara.
Dalam pertemuan ini, Anwar berkata beliau menyembah maklum terkait beberapa perkara termasuk isu-isu semasa membabitkan negeri Selangor.
“Mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala semoga Duli Tuanku dan seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan. Daulat Tuanku!” kata Anwar dalam perkongsian di FB. – JM
