
Wartawan JM
Foto: Nikkei Asia
9 FEB 2026
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada rakan sejawatannya Takaichi Sanae atas kemenangan Parti Demokratik Liberal (LDP)
dalam pilihan raya umum Jepun.
“Mandat yang memberangsangkan ini mencerminkan keyakinan orang ramai terhadap visinya untuk pembaharuan ekonomi Jepun dan keupayaannya untuk memberi semangat kepada generasi pengundi baharu,” kata Anwar dalam hantaran di FB.
Beliau berkata Takaichi berada di Malaysia untuk sidang kemuncak pimpinan ASEAN pada Oktober 2025, hanya beberapa hari selepas mula memegang jawatan.
KOMITMEN DAN SEMANGAT
“Takaichi terlibat dengan komitmen dan semangat sebenar dalam isu yang penting kepada kedua-dua negara kita: daya tahan ekonomi, peralihan hijau dan keselamatan maritim,” kata Perdana Menteri.
Jelas Amwar Malaysia komited untuk mengekalkan momentum mengenai perkara ini dan keutamaan penting yang lain.
“Takaichi terkenal dengan mengatakan bahawa dia akan “bekerja, bekerja, bekerja, bekerja dan bekerja” untuk Jepun,” kata Perdana Menteri.
Anwar berharap dapat bekerjasama dengan Takaichi untuk membawa Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia-Jepun ke peringkat seterusnya. – JM
