PMX tinjau operasi Perkhidmatan ETS3 KTMB KL-JB

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
3 FEB. 2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memanfaatkan cuti panjang sempena Hari Wilayah dan Thaipusam dengan meninjau operasi
Perkhidmatan Tren Elektrik 3 (ETS3) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dari Kuala Lumpur ke Johor
Bahru.

Anwar berkata kesempatan itu digunakan untuk menyantuni para penumpang serta mendengar secara langsung pandangan dan maklum balas mereka mengenai perkhidmatan yang disediakan.

“Alhamdulillah, respons yang diterima amat memberangsangkan khususnya terkait tahap keselesaan serta pengalaman perjalanan yang lebih lancar dan tersusun,” kata beliau dalam perkongsian di FB.

Beliau berkata Kerajaan MADANI akan terus memberikan keutamaan pada usaha memperkukuh perkhidmatan awam yang selamat, cekap dan mesra rakyat. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *