PMX nafi ada kaitan dengan kes Epstein

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
3 FEB. 2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana pihak yang terbabit dalam kes pembiaya kewangan Amerika Syarikat mendiang Jeffrey Epstein.

Anwar secara ringkas berkata beliau baru hari ini menyedari ada pihak luar yang mahu bertemunya dan memetik namanya dalam pertukaran e-mel berkaitan kes tersebut.

“Alhamdulillah, dah belasan tahun seperti yang disebut dalam e-mel, dan saya langsung tiada kaitan dengan mana-mana pihak yang berbalas e-mel tu, terutama Epstein, jelas Anwar.

“Ok, saya nak sambung jalan-jalan di Johor Bahru,” kata Anwar dalam hantaran di FB.

Dalam hantaran itu, Anwar turut menyertakan tanda pagar #DoneExplain sebagai telah menjelaskan isu tersebut. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *