Nilai ringgit kini catat kedudukan terbaik di Asia – PMX

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
26 JAN. 2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata nilai ringgit kini mencatatkan kedudukan antara yang terbaik di Asia, satu petunjuk jelas bahawa keyakinan terhadap ekonomi Malaysia semakin pulih dan mengukuh.

Beliau berkata pencapaian ini bukan berlaku secara kebetulan sebaliknya hasil daripada dasar ekonomi yang lebih tersusun, tatakelola yang berdisiplin, kestabilan politik yang semakin kukuh serta keyakinan pelabur terhadap hala tuju Ekonomi MADANI.

“Pengukuhan ringgit ini juga mencerminkan iltizam berterusan Kerajaan MADANI dalam menjamin keamanan negara, memperkemas pentadbiran, serta bertindak tegas membanteras rasuah dan penyelewengan tanpa kompromi,” kata beliau dalam perkongsian di FB.

SEBERANG PERAI ASPIRE

Terdahulu Anwar melancarkan Seberang Perai Aspire Centre (SPACE), sebuah pusat inisiatif Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP.

Beliau berkata pusat ini dibangunkan bagi memperkukuh penyampaian perkhidmatan, mempertingkat kawalan serta pemantauan keselamatan.

Di samping itu kata beliau bagi mempererat interaksi dan kerjasama antara pihak berkuasa tempatan dengan komuniti di Seberang Perai.

“Penubuhan SPACE mencerminkan komitmen MBSP dalam mendukung ikhtiar Kerajaan MADANI untuk memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam yang cekap, telus dan mesra rakyat, dengan memanfaatkan teknologi digital serta kecerdasan buatan (AI), sejajar dengan tuntutan bandar pintar dan prinsip tadbir urus yang berteraskan kepercayaan, keadilan dan kesejahteraan rakyat,” tambah beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *