KDN PERKUKUH KESELAMATAN SEMPADAN NEGARA

24 Jan 2026

(Info Ringkas)

Smart Enforcement Demi Kedaulatan & Keselamatan Rakyat

Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh kawalan keselamatan sempadan negara melalui pendekatan Smart Enforcement yang menyeluruh, bersepadu dan proaktif demi menjamin kedaulatan negara serta keselamatan rakyat.

💬KENYATAAN YB MENTERI DALAM NEGERI

“Keselamatan sempadan negara tidak boleh dikompromi. KDN akan terus memperkukuh penguatkuasaan secara bersepadu dan berasaskan risikan bagi memastikan kedaulatan negara terpelihara serta keselamatan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.”
— YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri

Antara langkah utama yang dilaksanakan termasuk:
🔹 Rondaan bersepadu antara pelbagai agensi keselamatan di sempadan darat dan maritim
🔹 Penutupan laluan tidak sah serta kawalan ketat di pintu masuk rasmi negara
🔹 Tindakan pantas berasaskan risikan dan analisis data bagi respons tepat terhadap ancaman
🔹 Pencegahan awal ancaman melalui pendekatan proaktif dan berfokus risiko
🔹 Kerjasama keselamatan serantau melalui perkongsian maklumat dan operasi bersama

Pendekatan ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memastikan Malaysia kekal aman, selamat dan berdaulat.

Sumber: Siaran Media Kementerian Dalam Negeri | 23 Januari 2026

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *