Tindakan JIM terhadap aktiviti pasport terbang

24 Jan 2026

Jabatan Imigresen Malaysia memandang serius setiap dapatan dan syor oleh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) berkaitan aktiviti pasport terbang di Terminal 1, KLIA.

  • Seramai 41 pegawai telah dikenakan tindakan tatatertib dan daripada jumlah itu, 20 pegawai telah dikenakan hukuman buang kerja. Tindakan ini diambil selaras dengan peraturan dan undang-undang perkhidmatan awam yang berkuat kuasa.
  • Di samping itu, 61 kes yang dirujuk oleh EAIC telah dibawa ke Mesyuarat JK Aduan dan diambil tindakan mengikut proses tatatertib yang berkuat kuasa.
  • Ini mencerminkan komitmen berterusan JIM dalam menegakkan integriti, memperkukuh pematuhan SOP serta memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kekal telus dan berakauntabiliti.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *