
21 Jan 2026
(Info Ringkas)
Memudahkan Urusan Rakyat, Mendekatkan Perkhidmatan Kerajaan
Kenapa perlu tukar MyKad?
Penukaran alamat pada MyKad di bawah inisiatif Kampung Digital bertujuan memastikan alamat kediaman rakyat lebih tepat, mudah dikesan dan seragam secara digital.
Ini akan memudahkan pelbagai urusan penting seperti:
- Perkhidmatan jabatan kerajaan
- Bantuan kebajikan & kecemasan
- Penghantaran bantuan serta urusan rasmi lain
Berapa ramai terlibat di Melaka?
- Anggaran sasaran: ± 100,000 penduduk;
- Melibatkan: 657 kampung di seluruh Melaka;
- Telah menukar alamat MyKad: 4,035 penduduk; dan
- Masih belum menukar: Majoriti penduduk kampung
👉 Justeru, tempoh penukaran percuma dilanjutkan hingga akhir tahun ini bagi memberi peluang lebih luas kepada rakyat.
Apa yang rakyat perlu tahu?
✔️ Penukaran alamat MyKad adalah PERCUMA
✔️ Penduduk hanya perlu membawa salinan surat tukar alamat Kampung Digital
✔️ Surat tersebut dikeluarkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah (PDT)
✔️ Urusan boleh dibuat di JPN cawangan atau daerah berhampiran.
Inisiatif KDN & JPN – Rakyat Didahulukan
Bagi memudahkan urusan rakyat, khususnya:
- Warga emas;
- Orang kurang upaya (OKU);
- Pesakit terlantar & pesakit mental; dan
- Penduduk kawasan pedalaman.
👉 JPN Melaka menggerakkan perkhidmatan Van Mekar;
👉 Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) dilaksanakan dengan kerjasama PDT; dan
👉 Bantuan turut disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan
Komitmen Kerajaan MADANI
Inisiatif Kampung Digital bukan untuk menyusahkan rakyat,
tetapi memudahkan kehidupan seharian,
memastikan tiada rakyat tercicir,
dan membawa perkhidmatan kerajaan lebih dekat ke akar umbi.
Sumber: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Melaka
