




PUTRAJAYA, 20 Januari β SPRM hari ini berkongsi mengenai Peranan, Isu, Cabaran dan Inisiatif Antirasuah kepada Pengarah, pegawai dan kakitangan Unit Kesihatan Awam (UKA), Institut Kanser Negara (IKN) di Ibu Pejabat SPRM.
Delegasi seramai 33 peserta diketuai Pengarah IKN, Dr Nur Aslina binti Bahakodin turut merakamkan penghargaan atas perkongsian yang disampaikan oleh Ps Muhammad Rashidie bin Ismail daripada Cawangan Kerajaan dan Agensi, Bahagian Pendidikan Masyarakat.
Lawatan ini diharap dapat memberi pengetahuan yang lebih mendalam mengenai kepentingan pembudayaan nilai serta tatakelola yang baik bagi mengukuhkan integriti, akauntabiliti, ketelusan dan keadilan dalam setiap aspek pengurusan dan pentadbiran perkhidmatan awam.
Terdahulu, peserta turut dibawa melawat fasiliti Ibu Pejabat SPRM termasuk Konti Radio MACC.fm, Mess Pegawai, Gimnasium, Padang Kayangan Aras 7 serta Sky Bridge Aras 11.
