MCMC buka kertas siasatan terhadap China Press

Oleh: Sholina Osman
21 JAN. 2026

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah membuka kertas siasatan berhubung
kandungan dalam talian terbitan China Press yang didakwa berunsur palsu melibatkan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim
semasa Istiadat Pembukaan
Sidang Parlimen, 19 Januari 2026.

Kenyataan media MCMC memaklumkan siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ia berhubung penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan komunikasi yang berpotensi menyebabkan kekeliruan awam serta menjejaskan keharmonian masyarakat.

UNTUK RAKAMAN KETERANGAN

Pihak China Press telah dipanggil ke ibu pejabat MCMC untuk rakaman keterangan pada petang, 20 Januari.

Dalam pada itu, MCMC menggesa orang ramai agar menyalurkan sebarang aduan atau maklumat berkaitan kandungan dalam talian secara rasmi melalui saluran aduan MCMC di portal aduan.mcmc.gov.my, bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil berdasarkan fakta dan proses yang sah.

MCMC turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi, komen melampau atau kenyataan bersifat fitnah, khususnya di media sosial dan memberi ruang kepada proses siasatan yang sedang berjalan. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *