Transformasi Digital Imigresen Negara

20 Jan 2026

(Info Ringkas)

Perkhidmatan imigresen kini melangkah ke fasa yang lebih mudah, selamat dan tersusun.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang melaksanakan peralihan berperingkat ke arah Sistem Imigresen Bersepadu Kebangsaan (NIISe) bagi menggantikan sistem lama yang telah digunakan lebih 20 tahun.

πŸ”Ή Apa yang penting untuk rakyat tahu?
βœ”οΈ Urusan imigresen terus berjalan seperti biasa
βœ”οΈ Sistem diperkemas untuk mudahkan pengguna
βœ”οΈ Keselamatan data & identiti rakyat lebih terjamin

Melalui MyNIISe, perkhidmatan imigresen disatukan dalam satu platform yang lebih jelas dan mesra pengguna.
Manakala penggunaan MyDigital ID pula bertujuan melindungi identiti digital dan mengelakkan penyalahgunaan data peribadi.

Transformasi ini bukan sekadar naik taraf sistem, tetapi pelaburan masa depan untuk memastikan perjalanan lebih lancar, keselamatan sempadan lebih kukuh dan rakyat berurusan dengan lebih yakin.

πŸ‘‰ Perubahan dibuat secara berperingkat, terkawal dan berfokus kepada kepentingan pengguna.

Kerajaan MADANI sentiasa mengutamakan rakyat dalam setiap penambahbaikan perkhidmatan awam.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *