




KUALA KANGSAR | 19 Januari 2026 – Sepasukan anggota penguatkuasa KPDN Perak Cawangan Kuala Kangsar telah menjalankan pemeriksaan tanda harga & pemeriksaan alat timbang, pemeriksaan penentuan Harga maksimum minyak masak botol/ paket / stesyen minyak di pasar pagi Padang Rengas dan premis sekitarnya.
Hasil pemeriksaan mendapati stok bekalan telur ayam dan minyak masak mencukupi untuk penduduk setempat. Lesen Runcit (CSA) masih dalam tempoh sah. Tiada berlaku unsur menyorok minyak masak.
Peniaga juga adalah diingatkan untuk sentiasa mengamalkan etika perniagaan yang baik. Tindakan tegas akan dikenakan kepada mana-mana peniaga yang gagal mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.
Sebarang pertanyaan dan aduan bolehlah dibuat melalui:-
https://e-aduan.kpdn.gov.my
Tel : 05-776 8068 (KPDN Kuala Kangsar)
Whatsapp Aduan:- 019- 279 4317 / 019-848 8000
©Unit Media 2024 | KPDN Perak
