KERAJAAN LANCAR KAD PENGENALAN BAHARU JUN 2026

KUCHING, 19 Jan – Kerajaan akan melancarkan kad pengenalan baharu bermula Jun 2026, dilengkapi dengan 53 ciri keselamatan untuk meningkatkan ketulenan dan keselamatan MyKad.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato’ Sri Fatimah Abdullah berkata, kad baharu ini turut dilengkapi kod QR untuk pengesahan digital serta cip lebih canggih dengan teknologi anti-pemalsuan, termasuk turihan laser dan bahan polikarbonat yang lebih tahan.

Beliau menegaskan bahawa MyKad sedia ada masih boleh digunakan untuk kegunaan harian sehingga kerajaan mengumumkan tempoh peralihan rasmi bagi pembaharuan atau penukaran kad.

Proses peralihan akan dijalankan secara berperingkat bagi memastikan rakyat dapat menyesuaikan diri dengan lancar.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Endowment Fund Sarawak dan Bantuan Ibu Bersalin di Pejabat Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti.

Wartawan/Foto: VONNESIA

beritartmsarawak

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *