
10 Jan 2026
Info Ringkas
📌 Kebelakangan ini, sekurang-kurangnya 30 buah sekolah menengah telah menjadi mangsa sindiket penipuan yang menyamar sebagai pihak pengurusan sekolah dan berhubung menggunakan suara janaan AI untuk membuat pesanan secara pukal yang palsu. Taktik scammer sekarang semakin licik dan terancang, berwaspada dengan individu yang menyamar sebagai majikan/ agensi kerajaan / sekolah.
👉 Berhenti. Fikir. Sahkan.
🧠Tips Elak Ditipu:
✔ SAHKAN IDENTITi pihak yang menghubungi melalui saluran rasmi
✔ Jangan klik pautan mencurigakan atau muat turun fail tidak dikenali
✔ Jangan dedahkan maklumat peribadi atau kewangan
✔ Jika ragu-ragu, bincang dengan rakan atau ahli keluarga dahulu
✔ Semak dalam portal SEMAKMULE dahulu sebelum membuat sebarang transaksi
📣 Bersama-sama kita lindungi diri dan orang tersayang daripada menjadi mangsa scam.
