πŸ‡²πŸ‡Ύ MyKad Generasi Baharu: Memperkukuh Keselamatan Identiti Rakyat

10 Jan 2026

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memperkenalkan MyKad Generasi Baharu yang dilengkapi ciri keselamatan lebih canggih bagi memastikan identiti rakyat terus terpelihara, seiring keperluan keselamatan semasa dan transformasi digital negara.

Penambahbaikan ini merangkumi naik taraf reka bentuk dan teknologi keselamatan, termasuk elemen pengesahan digital berlapis bagi membanteras pemalsuan serta penyalahgunaan dokumen pengenalan diri.

MyKad sedia ada kekal sah digunakan sehingga tarikh luput, dan rakyat tidak perlu melakukan pertukaran secara tergesa-gesa.

Selain MyKad, pasport Malaysia turut akan dipertingkatkan dari aspek keselamatan dan reka bentuk, dengan pelaksanaan secara berperingkat melibatkan Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen Malaysia.

πŸ—£οΈβ€œKerajaan komited memastikan setiap dokumen pengenalan rasmi negara kekal diyakini, selamat dan sukar dipalsukan demi melindungi hak serta identiti rakyat.”
β€” YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *