


8 Jan 2026
Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim berkesempatan menerima kunjungan bekas bintang Arsenal, Mesut Ozil di Istanbul.
” Saya selaku penyokong Manchester United berkesempatan menerima kunjungan bekas bintang Arsenal, Mesut Özil, di Istanbul.
Beliau kini terlibat secara aktif dalam AK Party Republik Türkiye di samping terus komited dalam pelbagai inisiatif kemanusiaan, ” kata PMX dalam perkongsian di laman media sosial hari ini.
Dalam pertemuan ini, PMX sempat berkongsi pengalaman serta bertukar pandangan dengan Mesut mengenai pelbagai perkara, termasuk melibatkan kepentingan umat Islam dan situasi kemanusiaan di Gaza.
” Sebagai selingan santai, perbualan kami turut menyentuh kisah cucu saya yang merupakan penyokong tegar The Gunners, satu perkara yang mengundang senyuman beliau.
” Saya mengambil kesempatan menjemput beliau ke Malaysia, khususnya bagi berkongsi pengalaman terkait bola sepak, kepimpinan, nilai kemanusiaan serta peranan anak muda dalam memperjuangkan keadilan dan solidariti sejagat,” kata PMX lagi.
