





6 Jan 2026
Turkiye Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan sambutan rasmi oleh kerajaan Turkiye di Kompleks Presiden, Ankara hari ini.
Ketibaan Anwar disambut Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, pada 4,30 petang (9.30 malam waktu Malaysia).
Sebaik tiba, lagu kebangsaan Malaysia “Negaraku” dan lagu kebangsaan Turkiye “Istiklal Marsi” dimainkan, diikuti dengan kawalan kehormatan oleh Pengawal Presiden.
Kedua-dua pemimpin seterusnya mengadakan pertemuan empat mata dan bersama-sama mempengerusikan Mesyuarat Majlis Strategik Peringkat Tinggi (HLSC) Malaysia-Turkiye yang pertama.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berada di Turkiye dalam lawatan rasmi bermula semalam hingga esok atas undangan Presiden Erdogan.
📸 Iskandar Kamaruzaman / BERNAMA
