



8 Jan 2026
Malaysia menyifatkan 2026 sebagai tahun kritikal yang akan mencabar andaian lama mengenai kuasa, orde dan tanggungjawab global, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Berucap pada syarahan umum bertajuk “Peralihan Kuasa: Pilihan Strategik Bagi Malaysia Dan Turkiye” di Ankara pada Rabu, Anwar berkata tahun mendatang akan ditandai dengan ketidaktentuan yang ketara dan perubahan strategik di peringkat global.
βIni akan menguji banyak andaian yang telah lama diterima tentang kuasa, orde dan tanggungjawab,β katanya, sambil menambah bahawa kunjungan beliau ke Turkiye merupakan antara lawatan paling penting pada 2026.
