

31 Disember 2025
Info Ringkas:
Sepanjang tempoh September hingga Disember 2025, sistem MyNIISe terus membuktikan keberkesanannya sebagai tulang belakang pengurusan imigresen negara dengan mengurus ratusan ribu pergerakan motosikal dan kenderaan di dua pintu masuk utama negara iaitu Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).
π Rekod Pergerakan Lalu Lintas Sempadan
- Pergerakan motosikal: lebih 1.1 juta pergerakan
- Pergerakan kenderaan: lebih 470,000 pergerakan
- Majoriti pengguna adalah warganegara Malaysia, diikuti warganegara Singapura dan kategori lain
Keupayaan ini mencerminkan sistem imigresen yang cekap, selamat dan bersepadu, sekali gus membantu:
β
Melancarkan aliran trafik sempadan
β
Mengurangkan kesesakan dan masa menunggu
β
Mempertingkat keselamatan serta pengesanan risiko
β
Meningkatkan keyakinan dan kesejahteraan pengguna
π£οΈ YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri berkata:
βPendigitalan dan integrasi sistem seperti MyNIISe bukan sekadar soal kecekapan, tetapi merupakan langkah strategik Kerajaan MADANI dalam memastikan keselamatan sempadan negara sentiasa terpelihara tanpa mengabaikan keselesaan rakyat.β
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan terus komited memperkukuh sistem imigresen negara agar keselamatan, kelancaran perjalanan dan kepentingan rakyat sentiasa diutamakan.
Perjalanan Lancar, Keselamatan Terpelihara, Rakyat Diutamakan.
