
Info Ringkas:
31 Disember 2025
Sepanjang tempoh ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) merekodkan 579,824 pergerakan keluar dan masuk pejalan kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA dan KLIA2).
πΉ KLIA
βͺοΈ Jumlah Keluar: 247,859
βͺοΈ Jumlah Masuk: 331,965
πΉ KLIA2
βͺοΈ Jumlah Keluar: 167,812
βͺοΈ Jumlah Masuk: 0
Setiap angka yang direkodkan mencerminkan kecekapan sistem kawalan imigresen, kesiapsiagaan petugas barisan hadapan serta komitmen berterusan Kerajaan MADANI melalui KDN dalam memastikan keselamatan, kelancaran dan integriti pergerakan keluar masuk negara sentiasa terpelihara.
π£οΈ YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri menegaskan:
βKeselamatan sempadan negara adalah keutamaan Kementerian Dalam Negeri. Setiap pergerakan keluar dan masuk negara dipantau secara teliti melalui sistem yang berintegriti, disokong oleh teknologi dan profesionalisme anggota bagi melindungi kedaulatan serta keselamatan rakyat.β
KDN akan terus memperkukuh pemodenan sistem imigresen dan mempertingkat kecekapan operasi bagi memastikan setiap urusan perjalanan berlangsung selamat, teratur dan diyakini rakyat.
Keselamatan Anda, Keutamaan Kami.
