



Oleh: Sholina Osman
24 DIS. 2025
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menafikan sebarang pengeluaran “Kad Warga Emas Rasmi
Malaysia” yang tular menerusi media sosial dan aplikasi “WhatsApp”
Kenyataan media JKM memaklumkan bahawa sebenarnyq tiada sebarang pengeluaran “Kad Warga Emas Rasmi
Malaysia” oleh jabatan berkenaan.
Penularan maklumat palsu ini boleh mengelirukan orang ramai terutamanya dalam kalangan warga emas dan ahli keluarga mereka.
AGAR SENTIASA BERWASPADA
Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mendapatkan maklumat yang tepat, sahih dan terkini hanya melalui saluran rasmi JKM seperti Portal Rasmi JKM : www.jkm.gov.my; Facebook: https://www.facebook.com/myjkmhq/; Instagram: https://www.instagram.com/jkmhq;
Tik Tok: https://www.tiktok.com/@jkmhq dan Laman X: https://x.com/jkmhq.
JKM juga sentiasa mengalu-alukan sebarang pertanyaan atau rujukan berkaitan perkhidmatan dan permohonan bantuan melalui Talian Kasih 15999, WhatsApp 019-261 5999 yang beroperasi 24 jam atau dengan menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang berhampiran.
Kerjasama orang ramai untuk tidak menyebarkan maklumat tidak sahih amat dihargai bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan masyarakat terus terpelihara. – JM
