
30 Julai 2025
Seramai 129 orang tahanan asing telah dipindahkan ke negara asal masing-masing oleh Depot Imigresen Pekan Nenas sepanjang minggu keempat bulan Julai 2025. Pelaksanaan ini melibatkan pelbagai warganegara dan diselaraskan secara teratur melalui KLIA 1, KLIA 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Kompleks Bangunan Sultan Iskandar dan Terminal Feri Stulang Laut.
Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menjunjung nilai keseimbangan antara kepentingan negara dan hak asasi manusia, urusan pemindahan ini dilaksanakan dengan pematuhan penuh terhadap prosedur operasi standard serta kerjasama dengan pihak perwakilan asing. Setiap urusan dokumentasi diuruskan dengan teliti bagi memastikan kelancaran proses penghantaran pulang sejajar dengan komitmen JIM untuk melaksanakan tanggungjawab ini secara berintegriti dan profesional.
Usaha ini juga membuktikan kesiapsiagaan JIM dalam menangani keberadaan warga asing tanpa izin dengan pendekatan yang seimbang, tegas terhadap pelanggaran namun tetap menjunjung nilai kemanusiaan. Ia turut mencerminkan iltizam berterusan dalam memperkukuh sistem imigresen negara yang berintegriti, diyakini rakyat dan dihormati di mata dunia.
ImigresenPerkasa #JabatanImigresenMalaysia #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #KDNReformasiMADANI #KDNYakinMADANI
© 𝟮𝟬𝟮𝟱 𝗨𝗻𝗶𝘁 𝗞𝗼𝗺𝘂𝗻𝗶𝗸𝗮𝘀𝗶 𝗞𝗼𝗿𝗽𝗼𝗿𝗮𝘁 | 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗜𝗠𝗜𝗚𝗥𝗘𝗦𝗘𝗡 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔
