Fahmi, Ketua Menteri Pulau Pinang hadir Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Malaysia

Wartawan JM
30 JUN 2025

Menteri Komunikasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025, Datuk Fahmi Fadzil bersama-sama Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Bersama bagi sambutan Hari Malaysia 2025, Chow Kon Yeow menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Malaysia 2025 hari ini.

Sambutan Hari Malaysia 2025 bertemakan “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” pada 16 September ini bakal diadakan di Pusat Konvensyen PICCA, Pulau Pinang dengan pelbagai program sisipan bagi menggelorakan semangat cinta akan negara dalam kalangan rakyat.

“Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja HKHM 2025, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa; Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Bersama bagi sambutan HM 2025, Datuk Zulkifli bin Long dan Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Komunikasi merangkap Setiausaha Jawatankuasa Kerja HKHM 2025, Mazlan Abd Mutalib,” kata Kementerian Komunikasi dalam hantaran di FB. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *