PMX arah PDRM semak isu larang Fahmi ke luar negara

Oleh: Sholina Osman
8 JUN 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay untuk menyemak isu larangan ke luar negara yang dikenakan terhadap aktivis dan artis grafik Fahmi Reza.

Kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini (8 Jun) memaklumkan Kerajaan MADANI menjunjung tinggi kebebasan individu selagi mana ia tidak menjejaskan keselamatan negara atau melanggar undang-undang sedia ada.

Oleh itu, katanya, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu memberikan penjelasan lanjut mengenai perkara ini.

TERUS MEMANTAU PERKEMBANGAN

PMO akan terus memantau perkembangan ini dengan sewajarnya.

Semalam (7Jun), Fahmi dalam satu hantaran di media sosial mendakwa dirinya telah disenarai hitam selepas dihalang daripada berlepas ke Singapura.

Fahmi mendakwa dirinya tidak dibenarkan keluar negara atas arahan Bukit Aman dan perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh pegawai Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *