



6 JUN 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Tan Sri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob yang baharu dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), pagi tadi (6 Jun).
Beliau berkata, antara yang disentuh adalah soal pengukuhan hubungan Malaysia dan AS selain usaha-usaha menarik pelaburan asing yang berkualiti serta berimpak tinggi dari negara berkenaan.
“Saya ucapkan selamat maju jaya kepada Muhammad Shahrul, semoga dapat mengangkat aspirasi, imej serta reputasi Malaysia ke peringkat tertinggi,” katanya dalam hantaran di FB. – JM