PMX solat Jumaat di Surau Al-Ikhwan, Desa Pinggiran Putra

6 JUN 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat bersama-sama kariah setempat di Surau Al-Ikhwan, Desa Pinggiran Putra.

Beliau juga makan tengah hari bersama masyarakat setempat di Dengkil, Selangor tengah hari tadi.

Selesai solat Jumaat, beliau dan para jemaah sempat melaungkan takbir Aidiladha dan menunaikan solat sunat hajat secara berjemaah.

“Saya mendoakan agar segala urusan para jemaah haji dipermudah, dikurniakan haji mabrur, serta ibadah qurban yang kita laksanakan diterima dan mendapat keredaan Allah SWT,” katanya dalam hantaran di FB. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *