PMX, isteri hadir Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran

2 JUN 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hadir ke Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara hari ini (2 Jun 2025)

“Semasa ucapan menyembah tahniah, saya zahirkan penghargaan atas titah-titah Baginda yang sentiasa menjadi panduan luhur bagi Kerajaan MADANI dalam membentuk serta melakar dasar dan melaksanakan tanggungjawab, menjunjung aspirasi rakyat serta memastikan kesejahteraan menyeluruh dapat dinikmati bersama,” katanya dalam hantaran di FB.

Perdana Menteri berkata, Kerajaan MADANI di bawah naungan dan titah pandu Tuanku akan terus komited melaksanakan agenda reformasi menyeluruh berpaksi prinsip yang MADANI.

PEMBANGUNAN KEBENDAAN SEMATA

Beliau berkata, pembangunan kebendaan semata tentunya tidak mencukupi. Malah, ia mesti diseimbangkan dengan nilai-nilai manusiawi, keadilan sosial dan karamah insaniah.

“Patik mewakili Kerajaan MADANI dan seluruh rakyat menjunjung kasih atas pemerintahan Baginda Tuanku yang bijaksana, dan sentiasa menjadi lambang penyatuan dan keluhuran negara,” kata beliau.

Dirgahayu Tuanku! – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *