PMX solat Jumaat di Masjid Nurul Hikmah, Kota Kinabalu

31 MEI 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan menunaikan solat Jumaat bersama-sama kariah setempat di Masjid Nurul Hikmah, Kota Kinabalu sebelum pulang ke Kuala Lumpur.

Khutbah Jumaat yang disampaikan Awang Juri Awang Tahir bertajuk “Perpaduan Asas Kesejahteraan Ummah” mengingatkan kita semua tentang pentingnya menghormati adab dan kepercayaan sesama insan, agar masyarakat dapat terus hidup dalam suasana aman, damai dan harmoni.

“Selesai solat, saya singgah makan tengah hari di Bukit Padang Food Court bersama beberapa pemimpin tempatan serta pengunjung kedai-kedai makan,” katanya dalam hantaran di FB.

“Kami sempat bertukar-tukar pandangan secara santai mengenai isu-isu semasa yang menyentuh kehidupan rakyat,” tambahnya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *