Pasar Tani di seluruh negara catat jualan RM82 juta tahun 2025 – Aminuddin

Oleh: Sholina Osman
21 APRIL 2025

Pasar Tani yang beroperasi di seluruh Malaysia telah berjaya mencatatkan nilai jualan sebanyak RM82 juta dengan penyertaan hampir 5,688 peserta sehingga tahun 2025.

Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Aminuddin Zulkipli berkata, ia merangkumi jualan pelbagai komoditi seperti Makanan & Minuman, Barangan Segar (Hasil Laut, Ayam, Daging), Pasarina (Pakaian), serta barangan runcit di keseluruhan lokasi.

Beliau berkata, Pasar Tani Negeri Perlis juga tidak kurang hebatnya, sejak Januari hingga Mac 2025 telah mencatatkan nilai jualan sejumlah RM1.6 juta.

LOKASI PASAR TANI

“Ia merangkumi tiga lokasi Pasar Tani di negeri Perlis iaitu Pasar Tani Dataran ABC MAIPs, Pasar Tani UniMAP Pauh Putra serta Pasar Tani Kekal Simpang Empat (Setiap Khamis),” katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Ulang Tahun Pasar Tani Ke-40 Peringkat Negeri Perlis di Pasar Tani Dataran ABC MAIPs di Kangar hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah FAMA (Sekuriti Makanan & Operasi), Shahrizan Sudiman dan Pengarah FAMA Perlis, Mohd Anzara Azizan.

Aminuddin berkata, FAMA telah memperkenalkan serta merealisasikan penubuhan Pasar Tani yang pertama di Johor Bahru pada
tanggal 31 Januari 1985 sebagai Platform Pemasaran Hasil Tani oleh Usahawan Tani negara secara meluas seiring visi kerajaan menaiktaraf kehidupan para petani am nya.

ZAMAN KE ZAMAN

“Pengenalan Pasar Tani pada empat Dekad yang lalu merupakan
usaha jitu kerajaan zaman ke zaman menyokong kestabilan harga produk agromakanan, peningkatan pendapatan kepadapetani serta memperluaskan akses barangan segar kepada pengguna,” katanya.

Katanya, Pasar Tani merupakan Institusi Pemasaran hasil tani tempatan yang mula diperkenalkan pada tahun 1985 oleh FAMA melalui idea Menteri Pertanian pada ketika itu yang secara kebetulan Perdana Menteri Malaysia pada ketika ini iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelasnya, Pasar Tani telah berkembang pesat sebagai Legasi Pemasaran Agromakanan sejak 40 tahun yang lalu dengan sehingga kini mempunyai 222 lokasi operasi Pasar Tani yang senantiasa menjadi pilihan peniaga dan pengguna.

MENYOKONG USAHAWAN TANI

“Bagi mencapai hasrat ini, FAMA komited untuk terus menyokong usahawan tani agar mereka dapat memasarkan hasil pertanian masing-masing secara berkesan,” katanya.

Beliau menambah, FAMA juga
akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain dalam memastikan infrastruktur logistik dan kemudahan perniagaan di Outlet Pasar Tani dapat dipertingkatkan agar ia lebih teratur serta memudahkan semua pihak.

Katanya, melalui Inisiatif Pasar Tani, FAMA berperanan aktif dalam
membimbing usahawan tempatan dengan menyediakan platform bagi memasarkan hasil pertanian tempatan, sekaligus menggalakkan pertumbuhan ekonomi khasnya
ekonomi negara Malaysia.

“Kami yakin bahawa dengan lebih
banyak penglibatan Usahawan Tani, kita dapat memperluasakses pasaran hasil pertanian secara menyeluruh lantas meningkatkan taraf hidup para usahawan tani secara total. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *