Maktab Mahmud perlu terus memperkasa fungsinya – Fadhlina

27 APRIL 2025

Maktab Mahmud perlu terus memperkasakan fungsinya sebagai pusat ilmu yang melahirkan ulama dan umara.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, Maktab Mahmud ini juga sentiasa dekat di hati Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, dengan sumbangan besar Maktab Mahmud kepada Pendidikan Islam maka Perdana Menteri telah bersetuju memberi sumbangan RM300,000 kepada sekolah ini.

“Saya sendiri telah mengumumkan sumbangan sebanyak RM100,000 dari Kementerian Pendidikan (KPM),” katanya dalam hantaran di FB.

Terdahulu beliau hadir ke Majlis Perasmian Bangunan Darul Maahad dan Majlis Jamuan Aidilfitri anjuran Persatuan Alumni Maktab Mahmud, di Alor Setar semalam.

BANTUAN DAN SUMBANGAN

Beliau berkata, bantuan dan sumbangan yang diberi kepada Maktab Mahmud adalah bukti Kerajaan MADANI sentiasa komited meningkatkan syiar Islam.

Jelasnnya, ini membuktikan semua jenis sekolah tidak akan dipinggirkan.

“Rakan-rakan saya dari Maktab Mahmud ini kebanyakannya fasih berbahasa Arab dan kebitaraan ini perlu terus dipertingkatkan,” katanya.

Fadhlina juga mahu inisiatif penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi turut dijadikan tumpuan.

MELAKSANAKAN PELBAGAI INISIATIF

“Tahniah saya ucapkan kepada alumni Maktab Mahmud yang telah melaksanakan pelbagai inisiatif dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah ini,” katanya.

“Pada zaman di mana kita kebanjiran idola namun kemarau teladan, institusi pendidikan seperti Maktab Mahmud perlu ke hadapan melahirkan Qudwah Hasanah yang dapat memupuk akhlak dan peribadi mulia,” tambahnya.

Kata Fadhlina semoga Maktab Mahmud terus unggul di persada memartabatkan syiar Islam. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *