KPM memeterai kerjasama penterjemahan dan penerbitan karya-karya terbaik Malaysia-China

Petikan FB Fadhlina Sidek
17 APRIL 2025

Hari yang bersejarah!

Petang semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Xi Jinping telah menyaksikan Sesi Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan China dalam pelbagai lapangan. Ia pastinya akan memberi manfaat besar kepada kedua-dua buah negara.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut memeterai kerjasama penterjemahan dan penerbitan karya-karya terbaik Malaysia-China.

Kerjasama penterjemahan dan penerbitan akan dilaksanakan melalui Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dengan pihak negara China melalui National Press and Publication Administration of the People’s Republic of China.

PENERBITAN DAN PENTERJEMAHAN

Ia melibatkan penerbitan dan penterjemahan karya-karya klasik terbaik kedua-dua negara di bawah projek Asian Classics Translation Programme.

Kerjasama berimpak tinggi dalam tempoh lima tahun ini merangkumi penterjemahan dan penerbitan antara 50 hingga 100 judul buku yang meliputi karya Sasterawan Negara, penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (S.E.A Write Award), karya Malaysiana dan karya klasik tempatan serta karya terbaik dari China.

Saya percaya inisiatif ini akan dapat menggalakkan pertukaran judul karya terbaik, meningkatkan pemahaman silang budaya selain mengukuhkan hubungan sedia ada antara kedua-dua buah negara melalui diplomasi kesusasteraan. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *