Kaji keperluan tubuh Pasukan Pemacu Governans dan Integriti – Dr Zaliha

Oleh: Sholina Osman
17 APRIL 2025

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa mengarahkan Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) supaya mengkaji
tentang keperluan penubuhan
Pasukan Pemacu Governans dan Integriti untuk ketiga-tiga Wilayah
Persekutuan.

Beliau berkata, dalam masa yang sama juga, semua bahagian dan agensi-agensi juga boleh untuk membuat audit kendiri terhadap semua SOP dan proses kerja sedia ada.

“Bukan untuk mencari salah, tetapi untuk mencari ruang penambahbaikan yang berterusan,” katanya ketika berucap di Seminar Modul Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah di Menara Seri Wilayah.

MENAMBAHBAIK TATA KELOLA

Dr Zaliha berkata, dalam hal menambahbaik tata kelola
ini, ia perlukan tindakan semua pihak.

“Reformasi sebenar hanya akan berlaku apabila semua warga sesuatu
organisasi itu merasakan bahawa
mereka adalah penjaga kepada nilai
integriti organisasinya,” katanya.

Sehubungan itu katanya, semua
perlu bergerak ke arah
penambahbaikan yang berasaskan
prinsip kerana tiada siapa pun yang
kebal dalam urusan ini.

MELETAKKAN SATU ASAS

Jelasnya, kerajaan MADANI hari ini telah meletakkan satu asas dan panduan yang jelas, iaitu reformasi tidak boleh dipisahkan daripada prinsip kebertanggungjawaban.

“Kita sedang membina sebuah budaya yang baharu dan saya percaya bahawa setiap keputusan yang kita buat dengan niat yang jujur, akan membina keyakinan rakyat terhadap perkhidmatan awam dan juga kerajaan secara amnya,” katanya.

Dr Zaliha berharap seminar ini menjadi wahana kepada semua untuk menyemai benih integriti, menyuburkan pohon
kebertanggungjawaban dan menuai
hasil sebuah sistem yang benar-benar berkhidmat demi rakyat. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *