
7 APRIL 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbincang dengan Perdana Menteri Republik Sosialis Vietnam, Pham Minh Chinh berhubung tindakan bersama ASEAN terhadap tarif perdagangan sepihak yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.
“Kami sepakat untuk mengutamakan rundingan dan mengelakkan pertelingkahan, dengan matlamat mencapai penyelesaian yang adil demi kepentingan semua negara anggota ASEAN,” katanya dalam perkongsian di FB.
Perdana Menteri berkata, kedua mereka juga menekankan kepentingan memperkukuh kerjasama serantau dan mempelbagaikan rantaian bekalan untuk meningkatkan daya tahan ekonomi ASEAN.
Selain itu, katanya, juga dibincangkan keadaan di Myanmar dan bersetuju bahawa ASEAN perlu bercakap serta berunding dengan semua pihak berkepentingan bagi mencapai penyelesaian yang inklusif dan aman. – JM
