






Oleh: Sholina Osman
6 APRIL 2025
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menghadiri majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Penjara Negeri Kedah yang diadakan di Kompleks Penjara Pokok Sena, malam semalam.
Beliau turut mengambil kesempatan untuk menyampaikan sumbangan kebajikan kepada Maahad Tarbiyah Islamiah, Derang.
Selain itu beliau juga turut memberi sumbangan kepada kakitangan penjara yang mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit kronik dan juga orang kelainan upaya (OKU).
MERINGANKAN SEDIKIT BEBAN
“Mudah-mudahan sumbangan kecil ini mampu meringankan sedikit beban yang ditanggung,” katanya menerusi perkongsian di FB.
Sebelum pulang, Saifuddin juga menyampaikan duit raya kepada anak-anak dari Rumah Kanak-Kanak Pokok Sena, serta kepada kanak-kanak kecil yang hadir.
Beliau melahirkan rasa gembira melihat wajah-wajah mereka yang tersenyum bila dapat duit raya.
YANG DIHIAS CANTIK
“Menariknya sambutan di sini, juadahnya dihidangkan di reruai-reruai yang dihias cantik dan saya dimaklumkan, hidangan-hidangan ini memang dimasak dan disediakan sendiri oleh kakitangan penjara,” katanya.
Beliau berkata, majlis ini bukan sekadar sambutan hari raya semata-mata.
“Tahniah dan syabas kepada seluruh warga kerja Penjara Negeri Kedah atas penganjuran majlis yang penuh bermakna ini,” katanya. – JM
