Penting kerjasama tenaga serantau melalui Grid Kuasa ASEAN – PMX

Oleh: Sholina Osman
17 JAN. 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya kerjasama tenaga serantau melalui Grid Kuasa ASEAN yang akan memberi manfat kepada teknologi baharu dalam memajukan peralihan tenaga rantau ini.

Justeru itu katanya, usaha dalam bidang ini termasuk di UK, pasti bermanfaat disokong dengan kajian dan penerokaan (TNB) dan daya cipta daripada pemain korporat serta para profesional bagi menarik lebih banyak pelaburan dalam bidang tenaga boleh diperbaharui (RE).

“Hatta impaknya nanti akan memberi kesan positif kepada ekonomi negara dalam jangka masa panjang sekaligus meletakkan Malaysia sebagai destinasi industri peralihan tenaga utama,” katanya semasa berucap pada majlis pelancaran ladang solar Eastfield dan Bunkers Hill berkapasiti 102 Megawatt (MW) oleh Tenaga National Berhad (TNB) menerusi perkongsian di FBnya.

MEMPAMERKAN KEPAKARAN MALAYSIA

Beliau berkata, ladang solar Eastfield dan Bunkers Hill berkapasiti 102 Megawatt (MW) oleh TNB, mempamerkan kepakaran Malaysia dalam memacu penyelesaian tenaga lestari di seluruh dunia.

“Syabas dan sekalung penghargaan kepada TNB yang kini memiliki, membangun, dan mengendalikan aset tenaga boleh diperbaharui di seluruh UK dan Ireland,” katanya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *