Pertemuan dengan syarikat gergasi UAE perkukuhkan hubungan dua hala – PMX

Oleh: Sholina Osman
14 JAN. 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap dengan pertemuan bersama syarikat-syarikat gergasi negara itu bagi merapatkan hubungan dua hala selain melonjakkan kerjasama perdagangan dan pelaburan yang terjalin selama ini.

“Insya-Allah, kita mengharapkan momentum positif pelaburan hasil pertemuan ini akan terus meningkat yang disokong oleh keyakinan dan komitmen pemain industri dan syarikat-syarikat gergasi UAE,” katanya dalam perkongsian di FBnya.

Anwar memulakan hari kedua di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan pertemuan bersama syarikat-syarikat gergasi negara itu.

Ia bagi merapatkan hubungan dua hala selain melonjakkan kerjasama perdagangan dan pelaburan yang terjalin selama ini.

MENINGKATKAN KERJASAMA PELABURAN

Sewaktu pertemuan dengan Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) diketuai Pengarah Urusan, Sheikh Hamed Zayed Al Nahyan, Perdana Menteri menjelaskan bahawa ia senada untuk terus meningkatkan kerjasama pelaburan dan kecemerlangan yang dicapai semasa lawatan saya terdahulu.

Dalam pertemuan dengan Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Mubadala Khaldoon Khalifa Al Mubarak, soal pelaburan baharu dan sedia ada turut dibincangkan.

Isu terkait pelaburan projek-projek tenaga boleh diperbaharui antara dibincangkan sewaktu pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Masdar Mohamed Jameel Al Ramahi.

Anwar menambah, sinergi padu antara Malaysia dengan ADIA menjelmakan keyakinan terhadap potensi pertumbuhan ekonomi negara yang mampan dan berdaya saing.

Katanya, ADIA hadir dengan membawa bersama-sama suara rakan syarikat pelaburan global yang lain dalam menerokai pelbagai peluang pelaburan yang terhidang di Malaysia.

“Tidak mustahil, pelaburan jangka panjang dapat disuntik termasuk membabitkan sektor penjagaan kesihatan, pengendali lapangan terbang dan tenaga, Insya-Allah,” ujarnya lagi. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *