Fahmi hadir program pemeriksaan mata di Taman Sentosa, bertemu wakil penduduk Lembah Pantai kaitan caj PPUM

Oleh: Sholina Osman
12 JAN. 2025

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai meninjau Program Pemeriksaan Mata Percuma bersama Oasis Eye Specialist di Dewan Masyarakat, Taman Seri Sentosa.

Menerusi hantaran dalam FBnya, Fahmi memaklumkan sejak tahun 2020, inisiatif saringan mata percuma ini dijalankan dan seramai lebih dari 200 orang warga Lembah Pantai telah menerima manfaat ini.

TERUS MEMPERKASAKAN MASYARAKAT

“Harapan saya agar inisiatif ini akan terus memperkasakan masyarakat untuk mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan kita bersama,” katanya.

Sementara itu di lokasi lain, Fahmi berkongsi dalam FBnya mengenai para penduduk di Lembah Pantai telah menyampaikan kepada beliau kegusaran tentang berita kadar caj di Pusat Perubatan Universiti Malaya.” (PPUM).

MINTA PIHAK PPUM

“Saya minta pihak PPUM untuk bertemu semalam dan bincang perkara ini,” katanya.

Hasil perbincangan bersama, beberapa jalan penyelesaian akan diusahakan, termasuk juga cara-cara untuk memantapkan lagi jumlah sumbangan tabung PPUMCare – agar dapat kurangkan kebimbangan orang ramai tentang kos rawatan di PPUM. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *