Oleh: Sholina Osman
7 JAN. 2025
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini telah menjalin kerjasama strategik dengan Kerajaan Negeri Melaka menerusi perjanjian Inisiatif Kampung Digital Melaka (KDM).
Inisiatif Kampung Digital Melaka merupakan langkah strategik untuk memastikan setiap premis di Negeri Melaka dilengkapi dengan alamat yang lengkap dan sistematik.
Perjanjian ini akan menjadi pemangkin kepada pembangunan
teknologi dan infrastruktur digital yang lebih mampan di Negeri Melaka, serta memberi manfaat besar kepada komuniti setempat
ADALAH YANG PERTAMA
Inisiatif Kampung Digital ini adalah yang pertama di Malaysia dengan
penggunaan kod QR bertujuan memodenkan sistem alamat rumah di 623 kampung tradisional di Negeri Melaka serta meningkatkan kualiti akses data perkhidmatan rakyat.
Projek ini telah menerima pengiktirafan Institut Piawaian
dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) dan cap dagangan logo, menjadikannya model kampung digital di seluruh negara.
Di bawah inisiatif ini, MCMC akan bekerjasama dalam aspek sokongan teknikal di samping perkongsian maklumat dan data untuk pelaksanaan Sistem Alamat
Nasional (NAS). Dengan adanya NAS kelak, ia akan menjadi sistem tunggal yang berautoriti, seragam dan berpusat untuk mengurus lebih daripada 12 juta alamat
di seluruh negara melalui kerjasama antara pelbagai pihak.
ADALAH AMAT PENTING
Kerjasama antara MCMC dengan Kerajaan Negeri Melaka melalui inisiatif ini adalah amat penting dan nothing diharapkan dapat terus diperkukuh.
Projek ini bukan sahaja memberi impak positif kepada Negeri Melaka, malah dijangka menjadi model kepada negeri-negeri lain di Malaysia dalam membangunkan ekosistem
digital yang lebih inklusif dan berdaya saing.
Majlis Pertukaran Dokumen Perjanjian Inisiatif Kampung Digital Melaka adalah antara Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Azhar Arshad telah disaksikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan Menteri
Komunikasi, Fahmi Fadzil. – JM