Individu ditahan kes rasuah berkaitan pemeriksaan kenderaan berat di PUSPAKOM

Oleh: Sholina Osman
4 JAN. 2025

Hasil kolaborasi strategik antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah membawa kepada penangkapan seorang individu yang disyaki terlibat dalam kes rasuah berkaitan pemeriksaan kenderaan berat di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) di ibu negara.

Kenyataan media SPRM memaklumkan individu tersebut telah diserahkan oleh JPJ kepada SPRM petang tadi.

Beliau ditahan selepas dirakam keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 16(b)(A) Akta SPRM
2009.

BERJUMLAH RATUSAN RINGGIT

Siasatan awal telah mendapati suspek membuat bayaran rasuah berjumlah ratusan ringgit bagi setiap kenderaan yang diperiksa, sebagai balasan untuk meluluskan pemeriksaan kenderaan berat di PUSPAKOM.

Penangkapan ini mencerminkan komitmen teguh SPRM dan JPJ dalam memastikan integriti proses pemeriksaan kenderaan terus terpelihara dan bebas daripada sebarang amalan rasuah.

SPRM menegaskan komitmennya untuk terus memerangi rasuah, khususnya yang melibatkan sektor penguatkuasaan, demi memastikan perkhidmatan awam di negara ini kekal telus, berintegriti, dan dipercayai rakyat. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *